• SECRET recipe
  • DSC00091
  • aku & amna Q
  • kawin misah 026
  • Aku
  • 1st Family Day Meeting2
  • DSCF2327
  • PICT0018
  • DSC00598
  • DSCN1290
  • 1979- BM
  • jom
  • e-one wife dan son
  • DSC01167
  • IMG_0295
  • IMG_0505
  • download
  • DSCF2294
  • kawin misah 016
  • 000_1253

Recent Comments


What's Happening ?


Waktu Lawatan:
Isnin hingga Ahad : 9.30 a.m - 5.00 p.m
Jumaat : 9.30 a.m - 12.15 p.m
Dibuka semula : 2.45 p.m - 5.00 p.m

Muzium Beruas

Sejarah Ringkas

Pusat kerajaan yang paling awal diketahui di negeri Perak ini terletak di kawasan meliputi Beruas dan Dinding (Manjung hari ini). Kerajaannya diberi nama Gangga Negara. Terdapat berbagai versi tradisi lisan tentang asal-usul kerajaan ini. Ada tradisi lisan yang menyebut tentang pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Ada juga cerita yang menyatakan bahawa kerajaan tersebut telah dibuka oleh Raja Khmers dari Kemboja. Bagaimanapun, berdasarkan penemuan arca-arca Buddha, menunjukkan di abad ke- 5 dan ke-6 Masehi wujud Kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara telah berpusat di Beruas.

Ada juga berpendapat menyatakan bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat dari abad ke-2 Masehi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjung) di kawasan Selatan Gunung Bubu, arah Timur Bukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah. Dengan menggunakan jumpaan artifak-artifak purba dan pengaliran cabang Sungai Perak dipercayai pernah berpusat di Pengkalan ( Ipoh ), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput telah dikatakan sebahagian dari jajahan Kerajaan Gangga Negara.

Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas tidak dapat dinafikan oleh penyelidik sejarah pada hari ini. Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah suatu dongengan ataupun mitos semata-mata. Ini berikutan beberapa peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan negeri Perak amnya dan Beruas khususnya.

Di kawasan Beruas beberapa penemuan artifak yang ada hubungan dan kaitan dengan peninggalan kerajaan tua itu telah ditemui sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bangunan Muzium
Pada 25 November hingga 25 Disember 1991, satu projek penelitian sejarah Beruas telah dijalankan dan diusahakan oleh satu kumpulan penyelidik dari Muzium Negara, Kerajaan Negeri Perak dan Universiti Kebangsaan Malaysia yang dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Perak ketika itu.

Hasil dari projek penelitian ini beberapa artifak-artifak sejarah telah ditemui. Artifak-artifak ini disimpan oleh Muzium Negara. Pihak jabatan Muzium merasakan kesemua penemuan tersebut perlu ditempatkan di sebuah Muzium yang dinamakan Muzium Beruas, sementara kajian-kajian seterusnya dibuat dari semasa ke semasa.

Muzium Beruas ini ditempatkan disebuah bangunan Mahkamah lama ( sebelumnya Pejabat KEMAS kawasan Beruas). Kerja-kerja pemuliharaan bangunan ini telah siap dijalankan pada awal tahun 1995 yang dibiayai oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia melalui Jabatan Muzium dan Antikuiti menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia ke-6

Penyerahan Muzium
Pada 23 Mei 1995, Muzium Beruas dengan rasminya diserahkan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Muzium Negara kepada Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Muzium Beruas telah dibuka kepada orang ramai pada Julai 1995 dan telah dirasmikan Y.A.B Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Ramli Bin Ngah Talib ketika itu.

Bahan Muzium
Sebanyak 300 Artifak sejarah zaman Kerajaan Gangga Negara dan Raja Beruas yang ditemui hasil daripada penelitian dan carigali sejarah tahun 1991 dipamerkan di Muzium Beruas.

Rujukan Dari: Laman Rasmi Muzium-Muzium Negeri Perak

VN:F [1.0.9_379]
Rating: 5.0/10 (9 votes cast)

Beruas On The Map

Beruas On The Map

VN:F [1.0.9_379]
Rating: 3.0/10 (2 votes cast)