• Image(089)
  • 1st Family Day Meeting
  • xsmrs93_002
  • kawin misah 017
  • PICT0057
  • Remember us
  • LAm kEtE
  • 1
  • DSC00617
  • IMG_0448
  • IMG_10
  • DSCF2367
  • kawin misah 024
  • Anak aku
  • Image(125)
  • m_83696f7dcb3f2256d7a8046a0057651d
  • DSC01166
  • With Joshua
  • IMG_0505
  • DSC00017

Recent Comments


What's Happening ?

The first Class 93 reunion’s minute is now ready for download, please click

This minute is prepared by our Miss Secretary, Pn Junainah. All feedbacks are welcome.

- by Mad Yani

Bee Eng (Me the administrator): “Siapa nak cakap kat sini?? All committee boleh email saya terus to add your minutes…etc..
my email: lee@beeeng.com”

Suggestion: Any of you who is good in drawing can come up a banner for this event, I can then link it from the main page… just an idea.. :)

Also check : Reunion Of Class 93 (Part 1)

VN:F [1.0.9_379]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)


Write & Talk Here

You can leave your message below.


91 People Talking



  1. Fahame on December 4, 2007 5:13 am

    ada…ada tunggu jap…diaorg tengah drousy and dizzy lagi tu…

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  2. irwan on December 4, 2007 5:16 am

    sini kerpart 2nyer…

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  3. Fahame on December 4, 2007 5:21 am

    ye leee…

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  4. Fahame on December 4, 2007 5:21 am

    aku rasa kita 2 org je kat web ni wan kat mana2 pun jumpa kau dan aku je…he he

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  5. maizatul afiza on December 4, 2007 7:49 am

    ooo dh ada part tu…very gud….

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  6. zainudin lot @budin on December 4, 2007 12:30 pm

    cepat woiiiiiiiiiiii!!! aku dah tak sabar nak kasi xsmrsbatch93 masuk cabaran fear factor aku nih!! hahahhaa
    mmg lambat lagi..tp aku excited laaa..mana yg tak excited tu hangpa punya pasai..hahaha

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  7. ANNA on December 4, 2007 3:56 pm

    ehhhh ehhhh makin best la kita bercerita ni, dah ada part 2 pulak. Btw thanks to our Bee Eng for your effort.

    For all info, setakat hari ni dah 14 buah hotel yang saya mintak quotation. Just wait for their reply je lah…

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  8. ANNA on December 4, 2007 4:03 pm

    Aku rasa bagus jugak idea Bee Eng pasal Banner tu, jadi pada sesiapa yg kerja buat drawing ke? Architect ke? atau apa2 bidang yang berkenaan bolehlah membantu menyumbang sesuatu kepada Reunion kita ni..

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  9. hamishah binti jamhari on December 5, 2007 12:06 am

    wahwahwah….
    nampaknya bacth kite je yg menunjukkan effort lebih untuk berunion…
    ini sangat2 lah baik…
    diharap batch lain pon dapat melaksanakan pogram reunion mcm batch kita…
    haaaa…manalah taukan nnti kita leh wat telematch sesama batch..
    amacam ketua BIRO SUKAN…EN DEENNOOO…
    suka la tuh….

    4,5,6,7,8 lapan lagi….satu…dua…tiga…. empat…5 lagi….
    perrgghhh…aku dah warmup nih…depan pc jer nih..
    semangat kesukanan yg berkobar-kobar
    disamping nawaitu mahu menguruskan badan…adusss dah letih rasanya 23 taun berbadan besau…kehkehkeh…

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  10. helmy on December 5, 2007 12:17 am

    dah ada part 2…nampak benor dh lama tak masuk sini..hehehe…apa2 info nnti just inform kat sini…tapi mana yang lelain….ayie kg kilang mana ilang….

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  11. maizatul afiza on December 5, 2007 1:49 am

    Bukan kata ang je yg excited Din….aku pun teruja gak ni….

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  12. zurin on December 5, 2007 4:14 am

    teruja tu teruja gak… tp sapa yg confirm nk g family gathering nih?

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  13. Fahame on December 5, 2007 4:20 am

    sabar…sabar tunggu quotation dulu

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  14. maizatul afiza on December 5, 2007 7:45 am

    Sabor zurin….tunggu anna punya quot dulu….moga2 apa yg kita impi kan ini akan menjadi kenyataan….

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  15. zainudin lot @budin on December 6, 2007 4:56 am

    mishah, kalo nak kurus masa reunion nanti aku buat xtvt berlari tepi pantai..lps subuh senaman sikit then lari 5km sepanjang pantai PD..hahahha
    anna, pilih yg cun2 n kos murah punya yer..hehehe.janji selesa sikit then family pun ok..kalo kos mahal jenuh laaa..kalo sorang jer takpe laaa..hahaha
    zurin, kita kuaq cozting dulu then baru la geng2 kita leh decide nak ikut kalo sesuai ngan budget depa..setakat ni aku & family confirm..kalo nak murah kita tidoq khemah..aku leh supply..hahahhaa

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  16. Fiza on December 6, 2007 5:36 am

    Budin,…camping pun ok gak …aku dh lama tak camping ni…last aku camping kat bagan lalang masa tu anak sulung aku baru 4 bulan.,..aku angkut gak p camping sekali hehehehehe..kalau nk budget la kan…

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  17. zurin on December 6, 2007 5:55 am

    rin nk tahu sapa yg berminat dulu… tgk sapa yg ada niat nk join… bila dh keluar harga dia then re-confirm la balik… no hal nyer…

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  18. zurin on December 6, 2007 5:56 am

    orait budin.. ang in. anyone else???

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  19. ANNA on December 6, 2007 2:09 pm

    Rin, aku dah mintak quotation drpd 14 hotel, tp setakat ni baru ada 6 hotel yg reply..
    Ni nak tanya , apasai orang blah utara tanah air senyap jer… merajuk ka apa? Depa tak setuju ka cadangan kita p PD ni… Pada sesiapa yang tak berapa setuju, diharap boleh suarakan keresahan, kerisauan atau ketidakpuasan hati kepada kami…boleh di bawak berbincang.. Negara kita demokrasi bukan kuku besi..he..he

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  20. ANNA on December 6, 2007 2:12 pm

    Kalau muka sama jer yang p.. baik p berkelah kat air terjun kat belakang rmh Misah..he..he Apa nama tempat tu Misah? Boleh berkemah terus…
    Ni Ameen mana? Dah beberapa hari menghilangkan diri…

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  21. ANNA on December 6, 2007 2:14 pm

    Rin, setakat ni siapa sahaja yg hang dah dpt contact.. Apa feedback depa? Respond ok tak? Aku takut committee je yg syok sendiri nnt…

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  22. ANNA on December 6, 2007 2:24 pm

    Opsss sebelum terlupa… Mr. Irwan ada offer service nak buat Banner untuk kita.. terima kasih untuk dia. Tetapi diminta kerjasama semua untuk emailkan dia gambar kita masa bebudak dulu.. gambar terkini tak yah… Siapa nak gambar dia ada d banner tu baik cepat…

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  23. zurin on December 7, 2007 1:00 am

    tu la Anna…asyik2 kita yg committee jer yg beriya2… mana yg lelain ni.. come on la frezzz.. rin dh start call derang tak confirm lagi tp akan mempertimbangkan … hm.. tgh pujuk gak.. naimah, suria insyaallah akan cuba menghadirkan diri….

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  24. Fiza on December 7, 2007 1:46 am

    Wahai semua ahli commitee aku nk suarakan pendapat ni ….buleh dak kalau ubah date….???? jgn marah aku cuma bertanya erk….

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  25. ANNA on December 7, 2007 2:34 am

    Tukar date? Any alternative date? Kenapa Fiza? ada apa? cuba gak explain supaya kami paham.
    Aku pun ada cadangan gak, memandangkan orang blah utara tak de respond mcm mana kalau kita tukarplan, kita p tempah Fahame tu.. adil dan saksama untuk semua. Orang yg dok kat beruas, manjung, pneng pun leh p. Apa macam?

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  26. MARIANI on December 7, 2007 3:00 am

    SETUJU!!!!! cadangan anna…..

    (aku pro perak g walaupun dok kat penang)

    KEJOR YOP!!! KEJOR YOP!!

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  27. chik on December 7, 2007 3:05 am

    hamba setuju sgat la cdangan anna tu. letih gak nak trun pd kalau dri utara.

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  28. Fiza on December 7, 2007 3:46 am

    Date tu aku ada kenduri kawin hehehehe……tak pa la kita kan nk meeting sekali lagi bulan depan ….kita bincang semula…masalahnya wakil Northern Region lansung tak bersuara…kalau bersuara senang cita…dulu lagi aku dh cadangkan wat kat perak …ada lak suara yg dr KL tak setuju…bis tu cam no…

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  29. Fiza on December 7, 2007 3:48 am

    ALLOOOO MANA PENGERUSI NI……….KOMEN LA SKET….SHUHAIMI, FAHAME, BUDIN, ZURIN HOW???????

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  30. Fiza on December 7, 2007 3:57 am

    Wahai ahli commitee…memandangkan negara kita ni negara demokrasi…maka segala keputusan mengikut suara majority bukan manority ok…kalau dah ramai yg setuju wat kat PD maka PD lah yg menjadi pilihan….ini trip yg pertama…kita wat kat PD dulu…kita akan susuli dgn trip yg kedua , ketiga dh seterusnya…insyaalah ini akan menjadi acara tahunan,,,untuk yg pertama kali ini teruskan la kita yg kat central ni yg jadi Hos utk program ni….then yg 2nd nanti kita biarkan pulak yg kat utara pulak jadi hos…so diorg berhak buat keputusan dan pilihan…jadi kalau nak yg kedua di jayakan bersama ,….maka yg pertama ni mari lah turut bersama menjayakannya wahai org di utara…..TEPUK DADA TANYA SELERA….sekian terima kasih…tu pendapat aku la….

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  31. ANNA on December 7, 2007 4:01 am

    Ni yang membuatkan aku tiba2 rasa kasihan kat org utara.. cuba kame tengok!
    Toll Fare by PLUS (Exit at Port Dickson)
    From Alor Setar (Utara) - RM 65.80 (481.5km)
    From Alor Setar (Selatan) - RM 65.00 (476km)
    From Juru - RM 53.60 (393.5km)
    From Ipoh (Selatan) - RM 36.80 (270km)
    From Gopeng - RM 33.80 (248km)
    From Rawang - RM 14.00 (102.5km)
    From Jalan Duta - RM 12.90 (94.5km)
    From Sungai Besi - RM 7.70 (50.7km)

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  32. ANNA on December 7, 2007 4:03 am

    Ni baru toll, belum minyak lagi…

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  33. Fiza on December 7, 2007 4:15 am

    Then kalau 2nd time…kalau kita bagi org utara jd hos katakan depa pilih penang atau langkawi…cam na??????

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  34. Fiza on December 7, 2007 4:19 am

    Ok kalau dh pikirkan kesian kat org utara kan?….pilih lah buat kat Ipoh…aku tak kisah….then ang tanya la pak suara org2 majority yg kat KL ni cam mana …pas tu aku nk tgk …harap2 ramai la kengkawan kita yg dari UTARA tu komen dlm ni….dan bg kerjasama ye……

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  35. Suhaimi on December 7, 2007 4:30 am

    Family Day Class 93 direncanakan oleh pro term committee sbg medan pertemuan merapatkan lagi persahabatan. Jika ada sebarang perubahan perlu dikemukakan kembali ke dalam mesyuarat akan datang (Sun, 6th Jan 2008, 2-5 pm, Ara Damansara). Keputusan adalah secara kolektif. In my opinion, in handling a large number of people, we may not be able to please everyone. That is fact of life. Nevertheless, we’ll try to accommodate as much as we can, isn’t the right? Everyone has his/her own commitment, including the pro-term committee members. As Fiza emphasised “tepuk dada tanya selera,” we’ll decide what is our top priority. Let’s us proceed with this first and see how’s thing is going? nampaknya committee kene buat solat hajat n bacaan yaasin perdana ni supaya Allah beri hidayah kepada kekawan utk sertai program ni dan berjaya melaksanakan program ni. Kontingensi plan pun kena ade gak. Budin, tolong sediakan khemah, kut2 tak ramai nak gi PD.

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  36. Suhaimi on December 7, 2007 4:35 am

    Hati saya berkata: Jom kita pi PD…lama dah tak mandi laut kat Malaysia ni. At least saya & keluarga akan pergi, Insya Allah.

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  37. Suhaimi on December 7, 2007 4:37 am

    Wahai rakan2 komiti, jom kita tunjukkan keberanian kita utk gempu PD. Jom, Jom, Jom dgn menyatakan bahawa kita akan pergi jugak dgn keluarga kita. Katakan saya akan pergi Insya Allah

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  38. zurin on December 7, 2007 5:04 am

    mcm nk decide ni tak der saper pon yg buat undian ni… setakat ni hanya ada sebilangan kecil jer…. yg bagi jawapan… tak per… sumer leh bawak berbincang. Acara tahunan, dont wory kita akan ambil giliran supaya adil n saksama. Setakat ni kita dh buat keputusan untuk buatkan di Port dickson so proceed ni dulu… cam na dear…? ok tak

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  39. Fiza on December 7, 2007 5:38 am

    Actually…kat mana2 pun ok….kalau nk proceed kat PD…try aks group from Ipoh…ramai yg setuju tak?…sbb from Ipoh nk turun PD pun nampak cam berat je…tambah la yg dr Penang….If group from Ipoh setuju proceed kat PD kita on kat PD la.. then second trip kita pilih wat kat Ipoh lak….amacam OK tak?….

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  40. Fiza on December 7, 2007 5:54 am

    Zurin aku & family join…

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  41. MARIANI on December 7, 2007 5:56 am

    anna……

    byk nyee RM nk kena byr TOl…..!!!!

    kopak leeer fulusss kami mcm ni…..

    belom lg prbelanjaan makan , minum, penginapan, hiburan, minyak (nk naik 30 sen thn depan)

    adusssss……….

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  42. Suhaimi Mhd Sarif on December 7, 2007 6:44 am

    Jom pi PD

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  43. MadYani on December 7, 2007 6:55 am

    Aku setuju kat mana2 ceruk rantau sekali pun!!! hehehe…

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  44. Fiza on December 7, 2007 7:48 am

    yehh…..yesssss….jom p PD….allooo geng…lets 2 gether….

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  45. Suhaimi Mhd Sarif on December 7, 2007 8:09 am

    So, skrg siapa dah register utk sertai Jom pi PD? 8-9 Mar 2008 masa cuti sekolah tu..Jom la reramai pi…jom jom jom
    1. Suhaimi
    yg seterusnya tolong isi k..
    2.
    3.
    4.
    5.
    .
    .
    .
    .

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  46. Suhaimi Mhd Sarif on December 7, 2007 8:18 am

    Kekawan komiti Jom pi PD 2008 —>
    Suhaimi, Fahame, Jue, Ameen, Zurin, Anna, Budin, Chik, Mishah, Irwan -> kita adalah penggerak, Jom kita ke PD.

    Dah ada 9 keluarga dah ni…yg lelain Jom la ikut kitaorang ok.
    E-zan, Zaini Pro, Bojoi, Yin, Aam, Faizah, Zubaida, Sam, Along, Fiza, Azuan, Helmy, Asri, Fadzli, dll.

    Jom la ke PD…

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  47. Suhaimi Mhd Sarif on December 7, 2007 8:20 am

    Jom ke PD 2008…jangan lupa, tunggu di sana di sana di sana….

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  48. Suhaimi Mhd Sarif on December 7, 2007 8:23 am

    Jomlah geng utara turun ke selatan….jom ke PD, okay.

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  49. helmy on December 7, 2007 9:18 am

    mad yani leh ler kata cmtuh…dier bukan nak joint punnn..hahahhahaha hampeh ko mad yani….hmmm…aku sbenornyer ok jer…tp tgk le budget/masa/progrmme lain…PD pun ok gak…ipoh pun ok gak…bab tol tu kita ader alternative…ikut jalan lama…than sampai kelang br masuk highway ke PD…jimat sikit…hehehhe…apa pun korang kuarkan dulu baper budget utk diperuntuukan tuk belanjawan tahun depan..kikikkiki….ok frennzzzz….c yaaaa

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  50. Suhaimi Mhd Sarif on December 7, 2007 2:21 pm

    Belanjawan kasor 2 Hari 1 Malam, check in Sabtu check out Ahad, mungkin dlm RM300-RM400 aje (tmasuk tol, petrol, rencahan). Adakah ia satu pelaburan atau sink cost? Berbaloi atau tidak? Bagi saya, pelaburan ni berbaloi utk rapatkan kembali persahabatan. Tak taulah pendapat org lain. Spt kata Fiza “tepuk dada tanya selera”, betul la kan…

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  51. ANNA on December 7, 2007 3:33 pm

    Aku setuju dengan pendapat sdr Suhaimi tu… Persahabatan tak ada nilainya..
    Lagu bakar semangat ni ku tujukan untuk semua “Gunung yg tinggi kan ku daki…., lembah dan lurah ku turuni…,” sesuai tak lagu ni? atau lagu yg ni lbh sesuai “Perjalanan jauh tak ku rasa…, kerna hati ku melonjak sama…, ingin berjumpa kawan semua…, yg selalu bermain di mata..” Apa macam, menyusuk ke kalbu tak? Jadi JOM P PD.. okey

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  52. ANNA on December 7, 2007 3:38 pm

    For Mr. President punya info, saya baru jer email our hotel comparison kat Mr. Bee Eng.. esok atau lusa masuk lah kot kat forum kiat ni.. Saya juga tengah berusaha dapatkan discount from Glory Beach Resot.. sbb setakat ni, hotel tu punya quotation je yg paling murah. Tapi syarat mereka, org dewasa tak leh kurang drpd 30 orang.

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  53. Suhaimi on December 7, 2007 11:50 pm

    Terima kasih Anna. Harap2 dgn kata2 semangat itu dan terma dari hotel dapat menarik ramai kekawan utk join program ni. Kalau 30 dewasa, plg kurang kena ada 15 pasangan yg wajib hadir ni. harapkan pasangan komiti je tak cukup. jom la kekawan, Jom p PD, ok. Tunggu di sana di sana di sana.

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  54. Fahame on December 8, 2007 1:58 pm

    To Mr President and Ms Anna & The King dan kawan2 semua,

    First of all thanks for Anna & The king for your effort to find a better and affordable quotation, harap2nya ramai yg d sebelah utara ni nanti yg nak join..Kami di utara suspen menunggu quotation vacation d PD..

    Tapi, setelah 2 -3 hari melihat komen2 kawan2 utara tentang project d PD melalui web dan sumber2 lain, ternyata agak ramai yg keberatan kerana masalah lokasi yg agak ke selatan, saya setuju dgn pendapat tuan presiden dan saudari anna & the king berkenaan persahabatan itu tak ada nilainya. Pada pendapat saya pun macam tu, saya tak kisah mana2 pun ke utara dan paling selatan pun saya sanggup pegi demi kawan2, kerana hidup ni perlu kawan2 sejati,perlu enjoy, perlu jalan jauh cari pengalaman, akan tetapi tak semua yg boleh buat kerja gila macam saya selalu, kerana saya ni masih single dan tak da family, kita kena lihat juga kawan2 yg ada komitmen family anak2 dan isteri dsbg, walaupun komitmen kerja bukanlah satu pertimbangan dalam perihal reunion d PD ni.
    macam ni… kalau lihat mesej saya pada hari jumaat lepas, saya telah pun mencadangkan perkara2 berikut:

    1. Publish quotation di PD dan pakej yg inclusive dalam tu dlm web ni, supaya dapat dilihat oleh kawan2 sebelah utara utk dipertimbangkan.
    2. Pada masa yg sama saya akan mencari quotation jugak utk lokasi d Ipoh, kalau nak pantai lumut pun boleh, oleh yang demikian kalau kurang sambutannya nanti kita ada proposal alternatif dan tanpa mengganggu timing, dan masih boleh diadakan pada tarikh yg sama iaitu bulan Mac.
    3. Pada meeting yg akan datang January 6, dan on that meeting, suppose we will already have clear view on org2 utara punya respon dan bilangan yg akan menyertai reunion PD.Saya akan membawa quotation,inclusive aturcara dan costing utk perjalanan utk reunion d Ipoh dan lumut dan kita akan bincangkan d sana sebagai plan alternative sekiranya sambutan kawan2 utara tidak menggalakkan.
    4. Saya menjangkakan event reunion yg bagus disertai oleh 30 -40 participants sebab kebanyakan hotels /resort meletak angka tersebut sebagai negotiable figure utk dapatkan special price.
    lagi ramai lagi sempoi tapi buat permulaan, saya tak menjangka angka participants yg ramai (kalau dapat 25 org/family pun sempoi).
    5. saya sekarang sedang memikirkan strategi berikut dan hasilnya saya akan bawak ke meeting Jan 6.

    Pertama : Mengurangkan beban kos pakej vacation dan kos perjalanan kawan2 utara dan selatan.(walaupun diadakan di mana2 sekalipun d semenanjung malaysia)

    Kedua : Angka minimum standard setiap event reunion (kecuali majlis2 kenduri) dan bagaimana cara mengadakan campaign utk menarik minat utk kawan2 join.

    maka daripada satu demi satu event yg kita conduct, maka setelah dirasakan perlu, sesuai dan setelah sepenuhnya bersedia barulah kiat fikir utk register.

    sebarang komen…atau ada yg tak clear sila kemukakan TQ..long live rock n roll ! Oh Yeahhh!

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  55. Suhaimi on December 8, 2007 2:32 pm

    Tuan [Ho] Chi Minh … contingency plans kena ada gak ni memandangkan sambutan dingin dari kekawan lain, maklumlah lebih dari sedekad tidak bertemu, masa sekolah dulu pun tak berapa panas, suam2 kuku aje, tu pun panas2 remaja.
    Orait, plan 1 - participants more than 30, kita proceed Jom p PD spt yg dirancangkan. Dapat harga borong dari hotel.
    plan 2 - participants less than 30, proceed ke PD, dapat harga runcit dari hotel. acara diubah suai
    plan 3 - participants bukan saja less than 30, malah komiti je yg hadir, kita proceed ke PD, penginapan ikut kemampuan masing2. hanya hadir acara sukaneka
    plan 4 - tak proceed ke PD, apa kata mandi manda belakang rumah Mishah - Ulu Yam?
    plan 5 - tak ke mana2.

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  56. ANNA on December 9, 2007 3:44 am

    Amboi fahame, panjang nye kutbah Jumaat kau… Apa2 pun keputusanye aku ikut jer.. Aku pun kalau leh nak ramai penyertaan, tak nak lah group yg sama jer.. “d more d merrier”.

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  57. Fahame on December 9, 2007 5:44 am

    kawan2 kita sama ada utara ka selatan ka semuanya punya keinginan tinggi nak buat gathering, cuma sometimes ada sesuatu halangan yg tak dapat dielakkan…maka tugas kita AJK untuk sama2 discuss untuk permudahkan dan merealisasi keinginan mereka…pahala tu eratkan semula silaturahim.

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  58. maizatul afiza on December 10, 2007 2:33 am

    Thats right fahame….tak terbalas jasa semua komitee yg terlibat ni….ikatan silaturrahim yg terputus selama lebih kurang 13 taun ni…bukan senang nk eratkan kembali…oleh itu wahai kengkawan semua…bermula dari bulan ni sesama lah kita masukkan budget dlm perbelanjaan keluarga supaya bila sampai bulan March nanti akan ada fund untuk tujuan murni kita ini ok….

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  59. zurin on December 10, 2007 5:26 am

    Kawan2 semua… kat mana2 pon sama kalau ada komitmen. Faham gak ada kekangan yg tak dpt dielakkan. Tp bukan berdiam diri dpt menyelesaikan masalah… cadangan dan idea harus di utarakan.. untuk dibawa berbincang… heheheheheh

    Fahame… thanks for ur effort.Kita masih punya masa untuk menguruskan satu gathering yg penuh bermakna buat semua.

    Betul tu Fiza… leh menabung dr sekarang inysallah di murahkan rezeki. Pasangkan niat yg betul kan kan kan…

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  60. Suhaimi on December 10, 2007 9:47 am

    contohi semangat Fiza yg akan mula menabung utk sertai Jom p PD…kekawan yg lain, apa lagi, jom menambung utk jom p PD…

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  61. ANNA on December 11, 2007 1:59 am

    Mana aku punya Hotel Comparison list tak kuar lagi ni? Dari hari Jumaat lagi dah email kat Mr. Bee Eng.. apa dah jadi?

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  62. yus on December 11, 2007 2:03 am

    Miss Bee Eng la…

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  63. ANNA on December 11, 2007 3:44 am

    Ye ke? Alahmakkkk!!! Sorry, patut le dia tak respond.. marah agaknya. Sorry once again to our Ms. Bee Eng.. Baru pas tengok profile dia..he..he

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  64. hamishah binti jamhari on December 11, 2007 4:53 am

    ana….
    wuhhhh…berhempas pulas ko ekkk…CAYA LAHHHHHH….
    harap2 jadilah gath kita ni…mmm xpa 6hb nanti kita open table balik kan,post mortem balik,time tuh kita tgk feedback sumer
    apa pun aku tabik spring roll kat korang2 yg menunjukkan prestasi cemerlang,gemilang ,terbilang..harap dpt komitmen seme pihak la…
    kalau kita ja yg berhempas pulas tp yg lain menghampehkan diri,sia2 la usaha kita tp xpa..projek must go on sbb bukn sume yg x nak join,kita buatla yg mana mau/nak pegi jer
    n yg mana mau mengeratkat silaturahimahrahim kita ni……….

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  65. zainudin lot @budin on December 11, 2007 5:10 am

    Salam semua..
    Aku baru je pulang dr reunion xkresma uitm di cherating kelmarin..kresma stand for kelab rekreasi intekma (dulu2 institut teknologi mara).Just nak share dgn semua, reunion ni merupakan kali ke 9 diadakan. Setiap tahun ke serata tempat di malaysia.dari bujang, dah kawin, smpai dah ada anak 2-3org kami telah meneruskan tradisi ni.Tak pernah gagal walaupun dilanda pelbagai kontroversi, dr segi pemilihan tempat&date, Person in charge, kos, penginapan, aktiviti, kehadiran dll.Bermula di Morib tahun 99, tahun2 seterusnya kami sambung di Janda Baik, Cameron Highland, Teluk Batik&Pangkor, Taman Negara Pahang, PD, Hulu Langat, Fraser Hills & yang terkini di Cherating, Pahang.
    Utk reunion di Cherating ni setiap org dewasa kami ambik RM100 seorg & kanak2 7-12thn separuh byrn. Ini utk 2D 1N meliputi penginapan, makanan tmasuk BBQ dinner, tshirt&cenderahati, serta aktiviti (sukaneka&paintball).Bagi yg uruskan sendiri penginapan serta makanan hanya perlu byr RM30 utk BBQ Dinner (acara wajib) & aktiviti sukaneka&paintball(ada kwn sponsor.Yang penting semua perlu ada kesungguhan & passion utk hadir.;)
    Kitaorg pernah tidur di kabin masa kat tlk batik..satu kabin lelaki & satu kabin pompuan..semuanya sbb nak jimat.tp masa tu tak kisah la sebab bujang..hehe.Yg penting,ketidakselesaan tu berjaya ditutup oleh kegembiraan yg kami dapat bila berkumpul beramai2.Bercerita ttg kisah2 lalu & pd masa yg sama mencipta memori baru!;)
    Setelah tahun 2006 barulah kami menyertakan sekali adik2 junior kresma yg masih menuntut di uitm.Sebabnya kami risau hubungan kami dgn junior2 di uitm akan terputus satu masa nanti.Dgn cara ni secara tak langsung warga xkresma akan bertambah ramai & masing2 dpt faedah dr hubungan ini.Kresma dpt network dr abg2&kakak2 yg dah bekerja manakala kami yg dah berumahtangga ni pulak boleh minta jasa baik adik2 utk tujuan pindah umah, kenduri kendara,partimers dsbnya.hehehe.
    Tahun ni paling happening sebab ramai di kalangan kami yg dah ada 2-3org anak.Kalo dulu kami riuh rendah bersembang antara kami, tp skrg anak2 pulak yg riuh rendah.Mcm2 cerita, ultraman la, pingu la, sponge bob&square pant la, detective conan la dll.Mmg meriah tgk anak2 berkejaran sesama mereka.Melihat kegembiraan anak2 menambahkan lagi keseronokan berjumpa kawan2 lama.Bukan hanya dpt berjalan&makan angin ke tempat baru, tp silaturrahim kami makin kukuh & kwn anak2 kami makin bertambah!Setahun bukannya tiap2 bulan..hanya sekali kami berjumpa. Kat cherating ni, kwn2 sejauh Sarawak, Kedah, Johor, Penang semuanya hadir & bersemangat utk reservekan cuti, duit,tenaga atas tujuan reunion.
    Maaf la kalo cerita aku ni panjang lebar sangat..bukannya apa, aku rasa sayang sgt kalo hubungan kita yg dah berbelas tahun ni hanya berlegar sekitar dalam PC & melalui email…sedangkan kita boleh & mampu mengubahnya! hehehe
    Ttg isu muka yg sama, semua tu tak jadi masalah..bg aku kita jgn terlalu pentingkan soal kuantiti, tp harus fokus pada kualiti.Mmg tak dinafikan the more the merrier.:)
    ttg tempat aku setuju utk penggiliran tu…dimana pun insyaAllah kalo tak clash date dgn kenduri kendara, kematian, serta prog yg dirancang lebih awal aku pasti hadir! Aku juga setuju ttg idea utk penggiliran tu..apapun yg di PD ni kita jayakan dulu..insyaAllah yg selepas tu sure takde masalah!

    Saja je nak berkongsi cerita buat kita yg masih lagi ding dong ttg reunion xsmrsbatch93 nanti.Azammmmmmmmm!!

    -budin-

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  66. hamba Allah on December 11, 2007 5:40 am

    A’kum… Saya nak nyebok & sekadar beri pendapat….

    saya dah ikut perbualan u all…

    Utk yg duduk di selatan memanglah amat bersetuju apabila ianya diaadakan di sebelah sana… coz u all dekat & perbelanjaan tak banyak… Berbanding ngan yang dok di utara…

    Orang yang di utara berdiam diri coz u all sendiri dah tau apa sebab & musababnye… untuk apa nak kecohkan suasana jika pendapat sahabat2 u all nie tidak diterima… u all sendiri kata u all tak kisah jika diaadakn walaupun dimana saje….right?

    U all kata persahabatan itu tak ada nilainya… tetapi jika u all nak teruskan jugak buat di PD, u all sendiri tau yang kawan2 sejati u all yang di utara tidak akan turut serta… maka untuk apa diadakan gathering ni kalau still jumpa orang yang sama… bukankah tujuan u all nak mgeratkan lagi silaturrahim yang dah 13 thn trputus…. lagipun bukankah ini adalah perjumpaan yang pertama bakal u all adakan setelah sekian lama tidak bersua?… sememangnya u all nak buat prjumpaan ini sbg acara tahunan tetapi jika yang pertama kurang mendapat sambutan dari semua pihak bagaimana pulak untuk adakan pada tahun2 seterusnya?

    Saya bukan nak berpihak orang sebelah utara sebab saya sendiri tidak dari utara tetapi saya bersetuju dengan fahamie “ternyata agak ramai yg keberatan kerana masalah lokasi yg agak ke selatan, saya setuju dgn pendapat tuan presiden dan saudari anna & the king berkenaan persahabatan itu tak ada nilainya. kita kena lihat juga kawan2 yg ada komitmen family anak2 dan isteri dsbg, walaupun komitmen kerja bukanlah satu pertimbangan dalam perihal reunion d PD ni.kawan2 kita sama ada utara ka selatan ka semuanya punya keinginan tinggi nak buat gathering, cuma sometimes ada sesuatu halangan yg tak dapat dielakkan…”
    & Anna…”Aku pun kalau leh nak ramai penyertaan, tak nak lah group yg sama jer.. “d more d merrier” “.

    So yang lain2 fikir2kanlah… bak kata Fiza “tepuk dada tanya selera”…

    Apa tujuan sebenar u all untuk adakan perjumpaan nie?
    _ mengeratkan silaturrahim…
    _ dengan orang yang sama…
    _ dengan sahabat2 sejati u all tidak kira walau dimana berada…
    _ tanpa penyertaan sahabat2 sebelah utara?
    _ tanpa sambutan yang hangat…
    _ others… Fikir2lah….Semoga perjumpaan u all nie berjaya merapatkan kembali silaturrahim yang dah sekian lama terputus. tak kira walau tinggal di pelusuk mana sekalipun…

    Just beri pendapat… (Jgn Mare yek )

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  67. maizatul afiza on December 11, 2007 6:27 am

    Huihsss panjang lebar story ang Din….tapi walau apa pun pegalaman ang tu amat bermakna aku rasa…dan aku pun bekobar2 nk turut serta menjayakan gethering kita ni…..JOM LA SEMUA KENGKAWAN KITA G PD…..:)

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  68. Fahame on December 11, 2007 6:53 am

    ya…pengalaman yg amat bermakna dan boleh dikongsi dgn kawan2 lain d sini.

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  69. Suhaimi on December 11, 2007 10:51 am

    hamba Allah ni hanya mampu memberi pendapat walaupun pendapatnya bermutu dan bernas, tapi sedihnya beliau tidak mampu mendedahkan identiti sendiri (atau tidak bersedia diketahui identitinya)…satu kemusykilan jugak, bak kata pepatah “hanya boleh baling batu, lepas tu sorok tangan.” kalau hamba Allah ni rasa perjumpaan ni berbaloi, silalah turun. objektif telah pun dihuraikan, jika masih tidak menepati definisinya, apa boleh buat, dalam negara demokrasi, setiap org bebas buat tafsiran dan keputusan, tambahan pulak setiap org ada priority memasing dan utk komiti please setiap org adalah sesuatu yg mustahil dilakukan oleh manusia yg serba kekurangan. Seperti kata pengalaman Budin, jika dah jitu azamnya, kat mana sekalipun dia akan hadir. anyway, tepuk dada tanya selera…tak selera PD, tunggulah selera lain pulak, okay. betul la kan…

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  70. ANNA on December 11, 2007 5:32 pm

    Memandangkan Hotel Rate Comparison saya tak kuar jugak.. saya dengan ini ingin mengumumkan bahawa kadar package hotel di PD yg paling murah adalah Glory Beach Resort iaitu RM100nett termasuk Penginapan 1 mlm di 3 Bedroom Apartment, Minum petang, B.B.Q. Dinner & Sarapan Pagi. Kos lain seperti souvenir & telematch tak termasuk lagi..

    Macam ni… kalau orang utara ada problem nak turun, nanti kita pikirkan cara yang terbaik supaya kita di sini (committee) dapat membantu. Jika kos yg tinggi menjadi halangan, mungkin saya boleh cadangkan supaya kita kongsi kenderaan sesama kawan2 dari Penang ke PD ke, dari Ipoh ke PD ke, atau dari KL ke PD… atau cuba dapatkan sponsor kewangan dari mana2 pihak untuk reunion kita ni… (any idea?). Setakat ni saya ada juga mintak sponsor dari my ex-boss, mereka setuju untuk memberi sumbangan berbentuk voucher hotel.. ada la dalam 3 hotel yg dah setuju.. Voucher ni boleh digunakan sebagai hadiah untuk acara kita nanti.

    Ada sesiapa nak bagi idea lain…

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  71. ANNA on December 11, 2007 5:46 pm

    Glory Beach Resort

    RM100nett Adult
    RM36nett Children (4-12 yrs)…

    Rate inclusive of:

    8/3/09 - Day 1
    2.00pm - Check in
    5.00pm - Afternoon tea break with snack items
    - Telematch (organized by SMRS ‘93)
    7.00pm - Solat Maghrib Jemaah & Tahlil
    8.30pm - B.B.Q Dinner

    9/3/08 - Day 2
    7.30am - Breakfast
    9.00am - Treasure Hunt (organized by SMRS ‘93)
    12.30pm - Group Photo & Check out

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  72. ANNA on December 11, 2007 6:13 pm

    Misah mcm mana aku tak berhempas pulassss… korang kira dah 14 tahu tak jumpa kawan2… aku ni lagi lama, dah nak masuk 16 tahun dah… rindu giler ngan korang semua.. terutama ‘Mar’ yang dapat tengok gambar dan dengar suara dari jauh jer… Apa lagi Mar kalo berani ‘JOM P PD” apa macam, ada berani?

    Untuk kawan2 perempuan yang tinggal di Utara (Perak, Penang & Kedah)jika ada problem nak datang awal pagi pada hari sabtu tu, anda boleh datang awal 1 atau 2 hari sebelum… pasal penginapan jgn bimbang, boleh bermalam dirumah saya.. bagi tau ja.. insyaallah kami suami isteri sedia menerima kunjungan anda.. Zurin ang tolong habaq kat depa sat… kalau tak mau mai jugak aku tak tau la nak tolong mcm mana lg..

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  73. maizatul afiza on December 12, 2007 1:12 am

    Terima kaseh la bebanyak pada Hamba Allah yg telah memberikan pendapat yg bernas tu….walau bagai mana pun apa yg telah dibincangkan & dicadangkan proceedlah dulu…Betul kata Budin kalau berkehendak…1000 daya kalau tak mesti ada 1000 dalihnya….Pengalaman & persahabatan tiada nilainya….aku respect kat group saudara Budin ,lautan sama direntangi ,lurah sama di turuni….Hanya org yg mengetahui nilai persahabatan sahaja yg memahami….mungkin….

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  74. hamba Allah on December 12, 2007 1:18 am

    Kepada Suhaimi… Whatever u nak tafsirkan i apa sekalipun… Yang pasti i sememangnye ‘TAKDE KENA MENGENA LANSUNG’ngan bebudak SMRS nie… Just nak menyebok & bagi pandangan jer… Masuk web nie pun sebab tak sengaja… Marah ke En. Suhaimi?… Now keputusannye u all dah buat… So, Have a Nice Day 4 U All Warga SMRS 93 Sesssion. Good Luck & Have Fun….

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  75. hamishah binti jamhari on December 12, 2007 6:20 am

    yezzaahhhhhhhh…

    aku setuju dengan piza tuh………
    persahabatan membawa kepada kenangan…
    kenangan yang terindah…
    tak terucap dengan kata2 betapa berharganya
    nilai persahabatan dan kenangan yg dilalui bersama….
    bersama melayari suka dan duka…
    rentetan perjalanan alam persekolahan adalah memori yg paling
    terindah dalam sejarah hidup kita……
    setelah 15 tahun berlalu…….
    sekian lama terpisah,membawa haluan diri,merentas lautan,menerjah awan biru,memburu seribu cita dan cinta…
    siapa menyangka…..kita dipertemukan semula dlm rencana dan kisah cerita yg berbeza………
    alangkah indah tika bersama mengimbau kembali alam persekolahan yg penuh ceritawarna……..kisah ini akan menjadi realiti apabila kita bersama sama menyuntik kesedaran dlm diri menghurai kembali makna yg tersirat dan tersurat di sebalik nilai persahabatan yg telah lama kita tinggalkan……..sama2lah kita menyertai XSMRS ‘93′ JOM KE PD…..pelbagai kejutan dan rahsia yg bakal menemui kita disanaaaaaa……..!!!!!

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  76. maizatul afiza on December 12, 2007 6:40 am

    Terharu aku Misah…..

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  77. helmy on December 12, 2007 7:38 am

    hmmm….aku jugak mengikuti perkembangan dalam forum ni…dan nampak nya semacam ada gap antara belah utara n belah selatan…mmg tak dinafikan belah utara agak senyap tidak seperti memula forum ini diperkenalkan..mana perginya MAR,SHAM,AZUAN,KAMAL, dan lelain yang terlupa nak disebutkan namanya (sorry)…bersuaralah wahai kalian,mcm pengalaman BUDIN tu aku rasa mmg ada faedahnya sekiranya gath ini dilaksanakan dengan jayakan dan dijadikan acara tahunan..NETWORK..aku rasa dengan adanya network sesama kita sumer benda akan menjadi mudah dan mendapat kebaikan kepada semua pihak. benda setahun sekali bukannya sebulan sekali, so marilah kita sama2 menjayakan perjumpaan kkita yg pertama kalinya ini…mcm kata HAMBA ALLAH tu…kalo yag pertama nih pun tak berjaya dan tidak mendapat sambutan, bagaimana perjumpaan2 yang tahun2 akan datang. Sistem penggiliran dirasakan sangat sesuai dan dipelbagaikan tempat destinasi perjumpaan seperti gath xkarisma yang telah mengadakan perjumpaan di 9 loaksi pilihan. kagum dan teruja jugak dengan geng2 xkarisma tu..moga kita pun leh jadi mcm itu jugak satu hari nanti…insylallahhhh…

    kepada hamba allah..terima kasih atas pandangan dan komen anda..teruakan memberi komen dan pandangan walaupun anda tidak terlibat langsung dengan geng2 x smrs93…moga pandangan dan pendapat anda turut membawa kebaaikan kepada group ini..kadang2 pandangan pihak ketiga diperlukan untuk menambah baik kebaikan sediada…teruskan…betul la kannnnnn….

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  78. MadYani on December 12, 2007 8:12 am

    Terharu dgn semangat berkobar2 kawan2 yg telah bertungkus lumus dlm menjayakan reunion ini…. terasa mcm nak tempah tiket balik ke Malaysia utk join korang… tapi apa buleh buat… tambang bukan seratus dua, malah bukan seribu dua… walaupun aku jauh tp aku x penah ‘miss’ forum ni….keep it up guys!!InsyaAllah… gathering yg akan dtg maybe aku buleh join… maybe yg ke4 kot… (kalau diadakan every year)…

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  79. maizatul afiza on December 12, 2007 8:43 am

    Amat…Insya-Allah….kalau ada comitment semua untuk bersama menjayakan program ni….satu hari nanti harapan aku, ko akan dpt menyertai kami….

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  80. zainudin lot @budin on December 12, 2007 10:14 am

    salam…amboi sakan semua nampaknya..tq atas komen & pandangan ‘hamba Allah’ tu..mmg ada kebenarannya.Sekalipun bukan dr kalangan smrs takde salahnya nk bg pandangan gunakan nama sendiri..cthnya: mamat khalid ke, aspalela ke..hehe.”Takde kena mengena langsung” tu satu hal la…nama tak tau sapa, tau2 sibuk bg pndangan jer payah jugak..hahaha..sori ek hamba allah..coz aku ni pelik jugak bila org yg masuk secara tak sengaja tup2 bg pandangan seolah2 dah kenal lama.
    actually spt yg aku tulis sblm ni..hal2 reunion ni kalo tak ditangani dgn betul mmg mcm2 perkara boleh jd kontroversi.hehe
    kalo bole kita gunakan akal & fikiran yg sihat utk buat keputusan & bukan ikut emosi.takmo nanti niat bagus nak jumpa kwn2 lama, tup2 ada yg kecik hati la, bwk diri la, atas sebab2 yg tak sepatutnya.
    gini la, kalo tahun ni kita buat belah selatan next year kita buat kat utara pulak..aku pun dah lama tak naik bukit bendera & lepak kat tasik merah laketown nun.hehehe
    boleh atau tak boleh turun reunion, kita pakat ramai2 meriahkan beruas.com ni..tak kira geng utara atau selatan, timur atau barat, kita pakat ramai2 borak.bukannya bila riuh2 kita wajib pegi..mana yg ada komitmen lain takkan kita nak paksa kot..;)
    apapun insyaAllah utk reunion xsmrsbatch93, aku dah letakkn sebagai acara tahunan dlm kalendar aku!
    ttg objektif perjumpaan tu tak payah serabut2kan kepala laa;
    -nak bwk family jalan2
    -nak jumpa kwn2 lama
    -nak release tension dok keja jer….pendekata selagi belum tutup mata..keja.keja.keja..hahaha
    -nak habis cuti tahun
    -hidup ini terlalu singkat utk dinikmati..so, kita enjoyyyyyyy!!!hahaa
    *kalo ada objektif yg serius kita pikir kendian laa…

    -budin-

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  81. MadYani on December 12, 2007 3:18 pm

    Amboiii Abg Budin…. mcm promo panjat gunung aje… kuangkuangkuang…

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  82. ANNA on December 12, 2007 4:07 pm

    Aku setuju sangat dengan pendapat Budin tu… tak yah kecik hati lah.. kalau tak mau p kami tak paksa, jangan disebabkan gathering ni kita nak masam2 muka.. tak syok laaaa… Niat kita nak jumpa balik kawan2 lama, bukannya nak renggangkan persahabatan yg sedia ada. Insyaallah ada rezeki, panjang umur, tahun depan orang utara pulak jadi penganjur okey.. Kami pasti beri sokongan walau dimana saja tempat yg dipilih..

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  83. aznor azizi on December 12, 2007 4:59 pm

    SORI MENYAMPUK…. ABG AKU IRWAN TAK BOLEH NAK JOIN.. KAKI DIA PATAH BALIK MAIN BOLA TAMPAR.. NAK ONLINE PUN TAK BOLEH.. TQ..

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  84. Ameen on December 12, 2007 4:59 pm

    WOUW…WOUW……banyaknye cerita dan peningkatan mengenai PD trip …..Lama tak masuk,Penatnye membaca….
    Daripada analysis di atas, I rasa since we still have lots of time, why not we go to Perak pangkor…..syok jugak….Its just my suggestion…..jangan pulak ada yang marah kat aku pulak.

    Aku tak kisah mana mana pun….janji we make the first gathering a sucess….Banyak lagi syok…….LAgi pun hari itu kita cadang PD sebab yang datang first meeting mostly from Klang Valley.

    If changing venue will bring more members WHY NOT we change or give another option. Apa kata kawan kawan….. I rasa ppl in KL tak kisah turun Perak kan…..CEPAT CEPAT…….Lets decide and close this topic nad agenda by this month. Kalau boleh ASAP.

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  85. maizatul afiza on December 13, 2007 1:03 am

    Ameen….Majoriti dh decide p PD da…..

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  86. chik on December 13, 2007 4:22 am

    hamba setuju sgat cadangan ameen tu. g perak la. lg best. kalau pd aku tarik diri la… he.he.

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  87. maizatul afiza on December 13, 2007 4:36 am

    Suka ati ang la Chik….

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  88. Ameen on December 13, 2007 2:43 pm

    iye ke….why not we check out the response from member yang lain if we go Perak…Kalau itupun tak ada sambutan…..we know what to do next lah…..ADA SESIAPA SETUJU DENGAN CADANGAN I TAK ????????

    Puan Maizatul…..Senanglah hang nanti pe PD….DEkat dengan hang noh…..Sebab tu lah tak nak ganjak dari cadangan ke PD…Jangan marah…..

    Chik setuju….macammana dengan yang lain…..Nak ke cuba tukar venue…..

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  89. maizatul afiza on December 14, 2007 12:57 am

    Ameen tau tak pa hehehehe…..but ang kena pikir gak cam mana aku nanti kalau yg utara organize utk yg akan dtg…so kira adil & saksama la kan…..

    Tak kisah la mana pun aku sampai gak nanti …Insya-Allah,…janji aku buleh jumpak sume kengkawan aku…..yeeeehaaaaa…….

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  90. hamishah binti jamhari on December 14, 2007 8:02 am

    no hearts feelings,no critism…
    dengan rasminya

    aku mengundi PD

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
  91. mohd rohizan on December 17, 2007 4:19 am

    akum semua,selama ni aku pun dok perati jer rentak dan melodi korg,kkdg aku rasa mcm ada yg masih nak samakan situasi skg ni dgn zaman kita sekolah dulu,mungkin ada yg rasa his or her frenz tu masih seperti yg dikenali waktu tu,tp waktu berubah guys,org pun boleh berubah…aku faham dan aku pun xcited jugak nak jumpa kkwn lama waktu sekolah dulu,waktu bila mana kita x payah susah nak fikir ttg bajet n segala macam masalah duniawi ni…tp kita still kena berpijak di alam nyata…to AJK aturkanlah event ni secara teliti jgn pulak ada suara tak puas hati belakang hari kwn lam pun menghilangkan diri..betul kita tak akan dapat puaskan kehendak semua,tp memandangkan aku tgk hanya segelintir sj yg nampak xcited,seyakinnya aku rasa macam ada perkara yg tak berapa kena,apapun aku amat merindui kalian semua sampai tidur lewat le aku dgn fahamie ari tu waktu dia tumoang tidor kat umah aku….wassalam

    VA:F [1.0.9_379]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)

Name (required)

Email (required)

Website

Feel free to talk